Tuesday, September 6, 2016

Transgender : Harapan Masih Ada

Semalam, ahli rumah saya bagitahu tentang Safiey Ilias yang kembali kepada gaya hidup perempuan. Beliau asalnya seorang lelaki. Saya baca komen komen di bawah gambar dia. Ada yang doakan dia kembali ke pangkal jalan. Tapi sisi lain ada yang jatuhkan rendahkan dia, agak terkilan juga.

Ada beberapa pandangan peribadi yang saya nak tulis, tentang golongan Transgender ni.

Panduan daripada beberapa nas dari Al quran dan Hadis yang melarang akan apa yang golongan Transgender ini lakukan, saya pegang.

Tentang kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan sejenis dan akhirnya dimurkai Allah dengan azab yang dasyat.

(Al-a'raf : 81)

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan ini adalah kaum yang melampaui batas"

Hadis daripada Ibn Abbas, sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

"Rasulullah melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita." (Riwayat Bukhari)

"Hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki." (Riwayat Abu Daud)

Saya agak terkesan bila baca di ruang komen. Sesetengah individu yang terus memberi ayat Alquran dan Hadis tanpa meneliti beberapa sisi lain golongan Transgender ini.

Membayangkan bahawa mereka akan berubah dalam tempoh sekelip mata ?!

Bagaimana emosi mereka yang telah hidup dalam tempoh lama dengan perasaan ini, mungkin sejak kecil lagi.
Cemuhan sebahagian masyarakat yang tidak memberikan sokongan kepada mereka.
Komen komen yang merendah rendahkan dan menjatuhkan mereka.
Bercerita tentang golongan ini dalam keadaan bergelak ketawa seolah olah merekalah golongan yang penuh dosa dan tiada ruang untuk bertaubat.

Pelbagai cara yang kita kena usaha dan gunakan dalam usaha untuk terus ajak mereka agar kembali ke pangkal jalan.

Saya baca beberapa kertas kerja yang menulis tentang golongan ini. Samada berkaitan dengan faktor mereka menjadi transgender, emosi golongan gay dalam menjalani kehidupan (saya nisbahkan juga kepada golongan transgender).

Begitu banyak faktor yang menyumbang kepada wujudnya golongan ini. Saya simpulkan ianya diperoleh samada daripada diri sendiri, kawan kawan, keluarga dan masyarakat. Boleh ulangkaji sendiri.

Boleh jadi faktor ini sudah sebati sejak kecil lagi, tidak dibendung maka ia berterusan hinggalah dewasa.

Saya sangat setuju bahawa solusi dari aspek agama adalah yang utama, namun jangan kita lupa solusi dari aspek psikologi dan  (peranan masyarakat), untuk bantu membendung gejala Transgender ini. 

Hakikatnya semua aspek ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Saya baca kertas kerja : Emosi Inividu Gay dalam Menjalani Kehidupan. Walaupun tidak dapat membaca keseluruhan sebab ianya dikunci, namun saya dapat gambaran kasar menerusi kajian yang cuba dibuat.

Aspek golongan Gay (transgender), yang dikaji :

Pengawalan Emosi
Menghadapi keluarga, rakan rakan dan masyarakat
Identiti gay sebagai beban atau tidak
Penjelasan identiti
Rasa kesunyian dan keseorangan.

Sepertimana kerja memerlukan SOP supaya pekerja melaksanakan tugas mengikut piawaian, begitu juga dengan golongan ini, perlukan SOP bagaimana dari waktu ke waktu mereka dapat berubah dengan bantuan masyarakat sekeliling.

Sekali lagi saya tekankan, solusi dari aspek agama seperti tazkirah, bangun malam, puasa, kisah golongan yang ingkar perintah Allah, itu semua perlu. Namun jangan dilupakan aspek psikologi dan peranan masyarakat. Fungsi masyarakat yang perlu memberi sokongan kepada golongan ini,dan memahami emosi mereka, supaya kembali ke pangkal jalan. 

Kertas kerja lain yang saya baca ; Faktor dan Cara Gaya Hidup serta Kemungkinan Kembali Pulih dalam Kalangan Lesbian : Satu Kajian Kes.

Antara faktor utama yang menyumbang  :

Kurang didikan agama
Masalah keluarga
Sikap pasangan yang memahami

Melalui pembacaan saya yang agak terhad ini, saya senaraikan beberapa solusi yang dapat kita sama sama usahakan.

Keluarga

1. Tekankan didikan agama. Jangan harapkan sekolah untuk didik anak tapi kena mula dari rumah lagi.
2. Bina hubungan erat antara ibubapa dan anak. Tunjukkan kasih sayang. Sembang. Solat dan makan berjemaah.
3. Jika perasan ada perubahan pada anak, contohnya anak perempuan cenderung kepada watak lelaki, kena cepat atasi samada luangkan pada aktiviti yang sesuai pada jantina mereka atau daptkan bantuan pihak yang lebih arif.

Masyarakat

1. 'Busy-body' lah pada perkara yang perlu. Jika nampak anak bangsa dah nak mendekati batas yang agama larang, beritahu pada keluarga  dan nasihati mereka.
2. Bagi sokongan dan dorongan pada individu dan keluarga ini.
3. Jangan cemuh.
4. Terus doakan.

Badan berwajib/Ngo.

1. Tahan mereka dalam tempoh masa tertentu dengan buat pengisian yang sesuai.
2. Jalankan aktiviti yang sesuai dengan jantina mereka. Perempuan aktiviti kemahairan yang sesuai menjahit dan khidmat bakti. Biarkan mereka hidup dalam lingkaran jantina mereka. Begitu juga lelaki. Dedahkan mereka dengan aktiviti berat samada bertukang,baiki kereta dan khidmat bakti.

Tulisan saya ini sudah tentu banyak kurangnya, ditambah pula dengan emosi yang bercampur baur. Ada salah tolong betulkan. Ada pandangan kita kongsi bersama.


No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...