Friday, September 2, 2016

Akhirat Tujuan Akhir

Manusia, tak lepas dari berbuat dosa dan silap. Ada hari hari yang Imannya kuat, ada pula hari Imannya turun. Itu fitrah manusia.

1/ Dari kalangan sahabat  Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, di antaranya :
Satu ketika Kholifah ar-Rsyid Umar bin al-Khathaab rahimahullah pernah berkata kepada para sahabatnya,
هَلُمُّوْا نَزْدَادُ إِيْمَانًا
Marilah kita menambah iman kita.”
Sahabat Abu ad-Darda` Uwaimir al-Anshaari rahimahullah berkata,
الإِيْمِانُ يَزْدَادُ وَ يَنْقُصُ
Iman itu bertambah dan berkurang.
2/ Dari kalangan Tabi’in, di antaranya:
Abu al-Hajjaaj Mujaahid bin Jabr al-Makki (wafat tahun 104 H) menyatakan,
الإِيْمِانُ قَوْل وَ عَمَلٌ يَزِيْدُ وَ يَنْقُصُ
Iman itu adalah perkataan dan perbuatanbertambah dan berkurang.”
Abu Syibl ‘Alqamah bin Qais an-Nakhaa’i (wafat setelah tahun 60 H) berkata kepada para sahabatnya,
امْشُوْا بِنَا نَزْدَدُ إِيْمَانًا
Mari kita berangkat untuk menambah iman.”
3/ Kalangan tabi’ut Tabi’in, di antaranya:
Abdurrahman bin ‘Amru al-‘Auzaa’i (wafat tahun 157 H) menyatakan,
الإِيْمِانُ قَوْل وَ عَمَلٌ يَزِيْدُ وَ يَنْقُصُ فَمَنْ زَعَمَ أَنَّ الإِيْمِانَ لاَ يَزِيْدُ وَ لاَ يَنْقُصُ فَاحْذَرُوْه فَإِنَّهُ مُبْتَدِعٌ
Iman adalah perkataan dan perbuatan, bertambah dan berkurang. Siapa yang meyakini iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang maka berhati-hatilah terhadapnya karena ia adalah seorang ahli bid’ah.
Beliau juga ditanya tentang iman, “Apakah bisa bertambah?” Beliau  menjawab, “Iya, hingga menjadi seperti gunung.” Beliau ditanya lagi, “Apakah bisa berkurang?” Beliau rahimahullah menjawab, “Iya, hingga tidak tersisa sedikitpun darinya”.
4/ Empat imam madzhab (Aimmah arba’ah), di antaranya:
Muhammad bin Idris asy-Syaafi’i rahimahullah menyatakan,
الإِيْمِانُ قَوْل وَ عَمَلٌ يَزِيْدُ وَ يَنْقُصُ
Iman itu adalah perkataan dan perbuatan bertambah dan berkurang.
Ahmad bin Hambal rahimahullah menyatakan, “Iman itu sebagiannya lebih unggul dari yang lainnya, bertambah dan berkurang. Bertambahnya iman adalah dengan beramal. Sedangkan berkurangnya iman dengan tidak beramal. Dan perkataan adalah yang mengakuinya."
Bacaan dari : https://muslim.or.id/1993-iman-bisa-bertambah-dan-berkurang.html

Namun sebagai seorang Muslim, kita sendiri perlu ada kesedaran untuk meningkatkan Iman kita, supaya tidak terus terusan berada dalam maksiat, dosa kepada Allah. Samada dosa kecil mahupun besar.

Salah satu cara untuk meninggalkan maksiat adalah dengan mengingati akhirat.

Bilamana kita sedar bahawa di akhirat nanti, segala perbuatan akan dihitung. Dosa mahupun pahala. Maka dengan kesedaran ini, seorang Muslim itu sentiasa akan berusaha melakukan kebaikan.

Kerana malu berjumpa Allah di hari perhitungan dengan penuh dosa.

Allah telah memberi kita panduan dari sekecil kecil hingga sebesar perkara. Panduan untuk menjalani kehidupan ini. Bagaimana bertaubat dengan sebenar benar taubat. Bagaimana menjalani kehidupan ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim, bahkan Mukmin.

Hanya saja kita leka dan lalai.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...