Saturday, September 10, 2016

Apabila Menjadi Pemimpin

Pengalaman bergerak secara aktif dalam persatuan pelajar samada di peringkat sekolah mahupun universiti, saya kongsikan beberapa point :

1. Elakkan bergaul dalam kelompok pimpinan sahaja contohnya duduk dengan rakan sekerja. Bila duduk dengan rakan sekerja, paling kurang pun mesti akan timbulkan cerita atau isu kerja. Bila duduk dengan rakan yang bukan pimpinan, setidaknya boleh tahu berita berita yang berlegar sesama mereka sahaja.

2. Sebelum kenalkan diri sebagai pimpinan, bergaul bergurau beramah mesralah dengan ahli. Ini untuk elakkan wujudnya jurang diantara pimpinan dan ahli biasa.

3. Buka ruang dan peluang kepada ahli mesyuarat untuk suarakan pandangan, cadangan dan kritikan.

4. Komunikasi lelaki dan perempuan berlainan. Oleh itu tambahlah Ilmu bagaimana seni bekerja dan berkomunikasi dengan dua golongan ini.

Kerja dengan lelaki, jika setuju bagitahu terus setuju. Begitu juga jika tak setuju.

Perempuan, boleh berlapik lapik. Selalunya perempuan tak fokus kepada solusi, berbeza dengan lelaki.

5. Nak dapat tidak, kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Belajarlah serba sedikit ilmu psikologi supaya kita tahu tentang emosi dan diri manusia.

6. Bekerjalah bersama sama supaya tiada jurang antara pimpinan dan ahli biasa.

7. Tahu bagaimana menguruskan stress.

8. Pakai topi yang berlainan di tempat yang berlainan. Contohnya bagaimana sikap kita semasa di tempat kerja, ketika bersama rakan rakan dan sebagainya.

9. Tunjukkan contoh teladan yang baik walaupun tak mampu menjadi seperti Rasulullah saw.

10. Beri sokongan dan penghargaan kepada setiap usaha dan gerak kerja.

11. Jangan merendah rendahkan atau meremehkan usaha yang dibuat. Bagi tunjuk ajar dan pertolongan.


No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...