Wednesday, August 31, 2016
Puisi Kemerdekaan : Merdeka Kita
Merdeka kita sudah 59 tahun
Satu ketika dahulu perwira negara memikul senjata
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
TUN SIR HENRY H.S LEE
TUN V.T. SAMBANTHAN
RENTAP
MAT SALLEH
TOK JANGGUT
MAT KILAU
DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM.
ANTANOM.
HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID.
TOK GAJAH
Berhari hari bahkan berbulan bulan
Mengalir peluh darah hatta terkorban jiwa
Demi untuk meninggikan maruah diri, agama dan negara
Merdeka kita sudah 59 tahun
Perpaduan ditagih hinggalah kejayaan dikecapi bersama
Tidak kira kaum bangsa mahupun agama
Dalam satu Negara Malaysia tercinta
Merdeka kita sudah 59 tahun
Atok nenek bercerita pada sang anak dan cucu
Tarikh keramat 31 Ogos 1957
Merdeka diperoleh dengan semangat, kecekalan, strategi hinggalah pengorbanan
Keyakinan untuk berjuang agar bebas dari cengkaman penjajah
Hingga titisan darah yang terakhir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.
Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...
-
Alhamdulillah, Allah merezekikan, saya belajar kat bumi barakah Jordan ni. Masa kat sekolah menengah dulu, dengar ja cerita dari ustaz ustaz...
-
Salam Jumaat barakah. :) saya tulis sikit apa yang saya faham dari tulisan sahabat saya. Sahabat2 boleh baca dulu ringkasan tulisan bel...
No comments:
Post a Comment