Sunday, August 28, 2016

Pengalaman terlibat dalam Persatuan

4 tahun aku di Jordan, Allah aturkan aku terlibat dalam gerak kerja persatuan. Samada secara langsung atau tak langsung.

Macam pos aku sebelum ni, ku dah cerita tanggungjawab atau jawatan yang aku pernah pikul.

Jadi sukalah aku nak kongsi dengan pembaca daripada pengalaman aku.

1. Berpesatuan itu umum. Tidak hanya tertumpu sekadar kena; pegang jawatan, hadir semua program.

2. Alasan bila libatkan diri dalam persatuan jejaskan pelajaran, satu alasan yang kena elakkan. Diri sendiri yang perlu pandai atur jadual hidup.

3. Ambil tahu perkembangan kawan se-mantiqah, bantu secara tak langsung, bantu walaupun bukan ajk dalam program contoh sembelih kambing, heret kambing pun dah cukup baik.

4. Bila kita jauh dari mak ayah, kebanyakan urusan adalah dibantu oleh persatuan samada dari segi urusan daftar subjek, buat iqomah.

5. Kita akan belajar bagaimana; kerja secara formal, kendalikan sikap manusia, muamalah Arab (di Jordan la), buat kertas kerja, kendalikan program. Semua ini nilai tambah apabila balik Malaysia nanti. (point penting)

6. Jika tak mahu libatkan diri secara langsung sebagai ajk program, sebaiknya ambil tahu siapa pimpinan tertinggi supaya mudah rujuk jika ada apa masalah.

7. Boleh elakkan masyarakat mengata ; agamawan tak pandai buat kerja profesional, hanya boleh mengajar di masjid saja.

8. Suarakan kepada pimpinan melalui saluran yang betul sesuatu perkara yang kita tak setuju. Ambil peduli. Elak mengata dan mengata. Bagi kritikan membina beserta solusi.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...