Sekarang ni cuti semestar soifi. Lebih kurang 44 hari. Sebulan lebih. Setakat ni aku habiskan masa aku pergi Wadi Mujib dengan kawan kawan. Seronok tempat ni, bagi orang yang gemarkan 'adventure'. Panjat sana panjat sini. Memang lasak.
Wadi Mujib ni seni bina dia lebih kurang macam Petra, cumanya dia berair. Petra tak. Pastu, kalau tengok dinding dia, aku rasa ia bukan semulajadi tapi buatan manusia. Tarikan pelancongan.
Masa cuti ni jugak, adik adik baru sampai. Jadi aku libatkan diri juga dalam aktiviti mereka. Ambil di lapangan terbang, solat jemaah, makan bulatan, ziarah mahabbah.
Tahun ni tak ramai datang. Akhowat lebih kurang 10 orang. Semua 27 orang. Agak sedih. Memandangkan Malaysia mengalami masalah ekonomi.
Aku pun tengah cuba ulangkaji dan baca subjek yang aku dah belajar. Fahamkan point dia tanpa ada desakan dan tekanan asbab peperiksaan.
Itulah, kalau jemu baca satu buku pindah buku lain. Setakat ini aku melewati genre aqidah, sejarah, hadis dan i'jaz Alquran.
Silsilah tulisan Dr Umar Asyqar. Aku baca jilid yang pertama berkaitan Iman Kepada Allah. Sebenarnya buku ni aku beli hasil saranan Dr 'Ali Ajeen. Sebab aku cenderung kepada bacaan berkaitan Islam, Orientalis dan Falsafah.
Buku ni bagi aku tak terlalu berat. Cuma bila masuk istilah falsafah aku kurang faham.
Buku 'Arbain Hadis Nawawi fi Saubil Jadid. Untuk setiap hadis diterangkan makna kalimh, makna hadis secara umum. Aku suka buku ini juga sebab ada soal jawab. Jadikan pembaca lebih fokus dan uilangkaji semula.
Buku Tahqiq Sirah Ibn Hisyam. Ditulis oleh seorang tokoh sejarawan yang terkenal. Pernah terima anugerah Malik Faisal. Aku lupa bawah apa. Intipati buku ini sentuh sebelum Nabi diutuskan sampai setelah Nabi wafat.
Cumanya, buku ni tiada nota kaki contoh hadis, ayat Alquran dari mana, riwayat siapa. Kena cek sendiri.
Kemudian buku I'jaz Alquran oleh pakar tafsir Sheikh Fadhl Hassan Abbas. Buku ini sentuh tentang tokoh Ijaz Alquran klasik dan moden. Shorfah. Kalimah yang seakan sama erti dalam Alquran. Harfu jar. Kemudian penulis masukkan point, adakah ada huruf dalam Alquran sekadar tambahan saja.
Semua ni boleh buatkan kita ada rasa inkuri yang tinggi.
Baca buku buku ni, aku gunakan bantuan beberapa buah kamus ; Alma'any (arab-arab) (arab-english) , Qomusika (arab-melayu).
Oh ya, disebabkan aku dah ambil subjek I'jaz dengan Dr Imad, aku tawarkan diri untuk kongsi dengan rakan rakan Usuluddin yang lain. Diorang akan ambil subjek ni juga semestar depan. Cuma belum tahu doktor apa.
Apa yang sebabkan aku nak kongsi, sebenarnya aku agak cemburu dengan takhassus lain yang bergerak agak aktif. Fiqh dan Adab. Aku fikir kalau bukan diri sendiri yang nak gerakkan, siapa lagi.
Semoga Allah bantu aku isi masa lapang dengan perkara berfaedah.
No comments:
Post a Comment