Saturday, May 30, 2015

ILMU 1

Fasal lepas, saya ada ambil madah Hadis Maudhuie. Dalam madah ni, Dr guna Sohih Bukhari dan khusus Kitab Ilmu.

Untuk fasal nih, kami sempat belajar 36 hadis dari keseluruhan hadis yang ada dalam Kitab Ilmu.

Betapa banyak nya manfaat yang saya dapat dari Kitab Ilmu ini saja. Belum campur kitab lain.

Antara sebab Dr pilih Kitab Ilmu ini, adalah untuk menimbulkan 'Tashwiq' (ghairah) kepada kami khususnya penuntut Ilmu untuk mencintai Ikmu itu sendiri.

Sebelum Kitab Ilmu adalah Kitab Iman. Kesinambungan dari Kitab Iman, adalah untuk kita mentaati Allah melaksanakan suruhannya dan meinggalkan larangannya, kita wajib ada Ilmu. Jika tiada Ilmu, bagaimanalah kita beramal. Pasti ada cacat celanya.

Antara manfaat yang saya dapat, untuk memperolehi Ilmu sendiri, ia merupakan pemberian Allah kepada manusia yang dia kehendaki. Boleh jadi ada insan yang belajar, tapi dia tak dapat Ilmu itu kerana Allah tak kurniakan padanya.

Allah adalah pemilik Ilmu itu sendiri. Maka kita mesti mengharap pada Allah supaya dikurniakan Ilmu itu sendiri.

Kita kena amalkan selalu doa ini dengan penuh pengharapan dan kerendahan hati,

Rabbi zidni 'Ilma warzuqni fahma.
Ya Allah tambahkanlah keatas kami Ilmu dan kurnialah kami kefahaman.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...