Thursday, May 28, 2015

HARIS SIRI 1

Pagi itu seperti biasa, usai Solat Subuh, Haris akan menelaah buku pelajarannya. Dia mempraktiskan apa yang dipesan oleh Cikgu Salmah, guru Sejarahnya, 'Sebelum masuk ke kelas, kamu baca dahulu tajuk baru yang akan dipelajari. Ini penting supaya kamu dapat memahami apa yang Cikgu ajar dalam kelas. Mana-mana petikan yang kamu tak faham, kamu senaraikan dan bertanya dalam kelas.'

Haris antara pelajar cemerlang di sekolah. Sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas. Peribadinya juga disenangi. 

Benarlah, pendidikan itu selalu sahaja bermula dari rumah. bahkan sejak ruh ditiupkan dalam jasad lagi. Ibunya didik oleh datuknya agar sentiasa menjaga kehormatan dirinya apabila berada di luar rumah. Datuk sangat mengerti ayat 31 Surah An Nur .

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Dizaman rumput-rumput hijau jarang kelihatannya kecuali di sawah padi, menundukkan pandangan bagi seorang lelaki itu sungguh satu cabaran. Hanya yang sentiasa membekalkan diri dengan iman dan ketaqwaan kepada Allah sahaja yang mampu mematuhi perintah Allah yang satu ini.

Apabila buka satu laman web, ada sahaja gambar yang tidak enak di pandang mata. Begitu juga di Youtube, mahu buka video pelajaran, namun senarai video di tepinya sering menggangu gugah. Siapalah yang dapat memelihara semua itu kecualilah dalam dirinya ada iman dan taqwa yang melindungi.

Ibu sering sahaja membebel kepada Baba mengapa tidak disekat sahaja laman-laman web yang boleh akses kepada laman web pornografi. Jawapan Baba selama kita mahu menunggu pihak berwajib melaksanakan, itu merupakan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Anak-anak sifatnya ingin tahu membuak-buak. Tidaklah bagi ibubapa meletakkan larangan mutlak bahkan mestilah diiringi dengan sebab dan akibat. Supaya anak-anak dapat membuat pilihan, memilih baik atau buruk. Ibubapa menyediakan panduan agar boleh diikuti oleh anak-anak. 

Tambah Baba lagi, panduan untuk memilih itu mestilah kita adun bersama dengan ilmu2 aqidah juga, kerana tanpanya, manusia boleh jatuh dalam pilihan keburukan. Bukankah syaitan dan hawa nafsu itu sentiasa mendampingi manusia.

Jawapan Baba memuaskan hati Ibu. 'Hari-hari Ibu dapat ilmu baru'.

Baba seorang Profesor dalam bidang pendidikan. Kajian-kajian baru sentiasa dibaca . Perbincangan dengan teman sekerja tak putus-putus. Baba tahu cabaran mendidik anak zaman ini bukanlah seperti 30 tahun yang lalu, semasa Datuk Aki membesarkan ayah dan adik beradik lain.

Zaman ini, kejahatan yang kita larang daripada masuk ke dalam rumah secara zahir, sudahpun menyelinap masuk secara batin melalui televisyen dan internet.


No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...