Friday, March 22, 2013

Seronok .

Bismillah.

Hari Khamis, bermulalah cuti hujung minggu bagi negara Jordan. Bermula hari Khamis hinggalah Sabtu.

Sekarang, fasa kesibukan untuk mengundi pemimpin2 baru untuk semua Anak Negeri sesi 13/14. Dan saya sendiri, anak Perak tunggu masa ja untuk mengundi nih. Buat kat Aqabah g2. ^_^

Petang tadi, jalan2 dengan Kak Norma dan Baroah beli hadiah Hari Ibu untuk Mama (baca baro..ah). Baro..ah nih anak perempuan Tuan rumah kami. Namanya disebut dalam Al-Quran, pada permulaan surah AtTaubah. 

Bahagia bilamana kat Jordan nih, saya dan ahli rumah saya seramai 5 orang, ada keluarga,ada  Baba dan Mama, terubat kerinduan pada umi abah dan keluarga di rumah. Tuan rumah yakni Baba, isterinya Mama. Baro..ah, Batul (adik perempuannya), Ahmad dan Muhammad. Semua dah besar2 belaka dah .


Rasanya bagi pelajar di setiap negara yang mereka belajar, kemudian mempunyai sebuah keluarga di situ , mempengaruhi juga kehidupan di situ. Bersembang dengan mereka menggunakan Bahasa Arab Ammiah, yakni bahasa pasar la senang. Kalau Bahasa Arab Fushah ini adalah bahasa AlQuran. Bahasa yang difahami seantero dunia, yakni bahasa rasmi la orang kata. :) 

Nak taknak,bila sembang dengan mereka, akan guna jugak Ammiah nih. Itu belum lagi bila depa bawak kita ziarah ke rumah saudara mara mereka. Terlongo kita di situ dengar mereka sembang, hehe... Tapi takpa,buat2 ja faham. Itu kunci utama dia dan sentiasa jawab (na'am= betul2 ). Eh , ye ke g2?! ^_^.

Hari nih mereka sambut hari Ibu di rumah saudara mereka; adik beradik. Adik beradik mama semuanya 5 orang. Dan mama anak sulung. Dapat kenal dengan Sarah (sepupu Batul , Baroah) umurnya baru 14 tahun tapi gayanya matang. Orang Arab memang macam tu, sebab tu ramai ja yang kahwin awal. 'Adi = biasa, bak kata mereka.

Orang Arab nih kat mana2 pun , depa terkenal asbab menghormati tetamu. Kami pergi tadi makan macam2 lah, cuma nasik takdak. Angan2 tinggi nak makan nasik Arab. 

Mula2 kena hidang dengan kek + air gas. Pastu makan  3 jenis buah yakni limau, pisang dan timun. Limau ngan pisang tu tahan lagi, mai dia jamu timun macam lawak la jugak. Sebabnya kat Malaysia kita makan timun dengan nasik ja, atau dengan timun, kan3. Minumlah dengan teh depa yang pekat tu. Pastu pulak, last sekali, kami dijamu dengan qishtoh, yakni biskut yang disalut dengan krim2 , perisa boleh reka sendiri.













( nih biskut yang disalut krim qishtoh, atas tu 3jenis buah dengan pisau sekali, fuhh . Kek tak amik gambar, kek tu cam kek coklat biasa lah .)

Sembang2 dengan Sarah, dia sebaya kita kan, jadi seronoklah sembang orang2 muda nih, acewah , kenyataan tu. Dia bagitahu, kalau kat sini ada 4 tahun pengajian dan setiap tahun itu ada nama2 tertentu. Sebelum tu maaf kalau salah eja ya. 

Kalau tahun 1, namanya Sanfurah. si kartun comel nih.






Kalau tahun 2 , tak catat. Tahun 3 namanya Khonsyur ataupun Baba pada Sanfurah tu.
Tahun 4 namanya Syarsyabil, dia nih kira Otai la sebab dah tahun 4 kan. Jahat dia nih. Suka buli orang. *_*, haha . Cerita santai2 camtu lah. 

Pastu orang Arab nih kebanyakannya yang saya perhati, suka pakai pewarna kuku. Macam Sarah tu, dia pakai warna pink lagi. Sebab umur baru 14 ka? Kat Jami'ah= Universiti pun, ramai yang pakai . 

Ada kawan saya cerita, masa dalam satu kuliah nih, sorang doktor perempuan tegur budak2 Arab, 'kamu tahu tak tak sah kalau kamu solat dengan pakai pewarna kuku tu' . Lebih kurang begini mungkin ayar doktorah tu. Tapi tak tegur pun Sarah , just tanya dia , kamu suka warna apa? pink ke? Katanya " saya suka merah. " :) 



Nak cerita kata, hidup ini kita akan berjumpa ramai orang.Lagi banyak berjalan, lagi ramai orang kita jumpa.Ragam yang pelbagai, sikap yang berbeza. Kadangnya kita boleh terima kadangnya tidak. Apa yang pasti mereka dan kita tetap hamba Allah,makhluk Allah. Bilama kita menilai dari kaca mata positif ,disulami dengan iman,insyaAllah segalanya baik.Tapi bilamana kita serabutkan pemikiran, tengok yang nih salah tengok yang itu serba tak kena, kepentingan iman pulak kita campak ke tepi . Semua yang berlaku kita tak  terima. 

Itulah satu sisi yang kena diperbaiki. Istilah 'salah' dalam hidup tetap berjalan seiring kita ini sebagai hamba. Maka janganlah risau, sebab dari salah itulah kita perbaiki diri kita dan islahkan diri.  Jangan duduk di tampuk yang sama ja sudahlah. Yang salahnya apabila dia tahu dia buat salah, dia tak cuba baiki,malah salahkan pulak orang yang tegur dia tu. Semoga Allah sentiasa melindungi kita. InsyaAllah.

Alhamdulillah, seronok malam nih. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada mama baba sekeluarga beserta saudara2nya yang memuliakan tetamu dengan sungguh2. Kawan2 yang nak sambung belajar sini,atau nak ziarah , mailah. InsyaAllah, ada sesuatu yang menunggu anda. ^_^

(Hur yang comei + pemalu) 

 
(Hur dengan kakak dia, hehe)
 


 

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...