Bismillah. Alhamdulillah, hari ini penat terasa. Bermula perjalanan menuntut ilmu setiap hari Isnin dan Rabu seawal jam 8.00 pagi hinggalah 11.00 pagi. Kemudian sambung di Pusat Bahasa Arab dari jam 12.00 tghari hingga 3.00 petang.
Masa yang sibuk bukankah lebih baik dari masa yang lapang. Bila masa lapang ini, kita lebih mudah dengan ralit kita, termenung kita, buang masa kita, tidur kita dan sebagainya lah .
Dalam titian sebagai pelajar Universiti ini, (tak sangka ya saya nih dah masuk U Al-Bayt.) ^_^ hehe, kullu minallah.... sewaktu kita mula2 memasang niat untuk menjejakkan kaki di mana2 Universiti sekalipun, niat kita hanyalah satu yakni untuk menuntut ilmu. Semata2 kerana Allah.
Cumanya ,kadang2 tu dalam pengajian kita, kita lupa niat nak belajar semata2 kerana Allah. Mula2 sudah sampai ke kelas pengajian, lalu mendengar syarahan doktor pensyarah, kemudian menghafal untuk peperiksaan, menjawab soalan peperiksaan, melalui rutin harian sebagai pelajar dengan gaya dan nada yang sama.
Sehinggalah tibanya tahun terakhir kita di Universiti, kita bertanya pada diri kita;
"Apa ilmu yang aku nak ada untuk aku sampaikan kepada ummah nih?".
Bagaimana agaknya ya kalau persoalan2 inilah yang menerjah kita tatkala kita sudah menghabiskan 4 tahun pengajian.
Suka untuk saya kongsikan satu hadis :
Hadis Ketiga Puluh
30- عَنْ
ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ
رَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ
وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا. (البخاري ومسلم والترمذي)
30 - Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada dua keadaan: (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya."
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Point yang saya suka untuk tekankan di sini, adalah pada maksud kedua, iaitu nikmat pemberian ilmu pengetahuan agama kepada seseorang yang menyedari tugasnya, lalu menggunakan ilmunya itu untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Hakikatnya, masyarakat akan memandang tinggi kepada pelajar yang mendalami dan belajar bidang agama secara khusus. Mereka menaruh kepercayaan yang tinggi kepada golongan cendikiawan agamawan ini untuk berkongsi ilmu yang mereka pelajari dan membawa perubahan yang baik dalam masyarakat.
Maka, tatkala kita bertanyakan soalan tersebut kepada diri kita setelah 4 tahun pengajian, bermakna kita telah meruntuhkan amanah dan kepercayaan tinggi yang masyarakat/ ummah letakkan kepada kita.
Pandang kembali dalam diri, apakah selama belajar ini, aku belajar semata2 sebab nak macam orang lain, di mana dalam hidup ini aku kena ada fasa belajar . Nilai kembali, apa aku belajar nak dekat peperiksaan sahaja ? Atau bagaimana? Semoga Allah sentiasa membantu kita dalam perkara2 kebaikan.
Lalu, tajdid niat kita kembali, 'sahaja aku belajar lillahi ta'ala' , sentiasa berinteraksi dengan Allah, 'wahai Allah bantulah aku untuk faham ilmuMu ini'. Belajar juga bukan hanya dalam kelas saja, bahkan kita belajar melalui pengalaman2 yang kita lalui dalam kehidupan seharian kita. Semoga kita semua terus belajar kerana Allah, dan terus maju untuk Islam.
Wahai Allah,bantulah kami dalam mengingatiMu, bantulah kami dalam mencintai RasulMu, bantulah kami dalam ibadah kami, bantulah kami dalam masa kami. Berkatilah masa kami Ya Allah. InsyaAllah,amin.
No comments:
Post a Comment