Monday, October 29, 2018

USIA KANDUNGAN KU GENAP 39 MINGGU

Hari ini Isnin, 29hb Oktober genap usi kandungan Tirah 39 minggu. Dah masuk tempoh matang nak bersalin pun hehe.

Duk pujuk anak mama papa keluar. Sebolehnya mama taknak lah overdue kan lebih 40 minggu.

Alhamdulillah sepanjang mengandung 3rd trimester ni ok ja. Cuma beberapa waktu haritu dalam seminggu dua tu selera makan macam jadi tak tentu balik. Jadi memilih balik nak makan. Sekarang dah normal boleh ngap aje semua.

Lately ni bila dah makin dekat due nak bersalin lagilah mengada ngada, request itu ini dari suami. Kononya mengidam lah tu ye dak haha. Alasan semata.

Sekarang ni jugak kalau nampak buah nenas jadi terliur gitu. Minggu ni pun banyak potong nenas dah makan. Semua pakat kata nenas kat rumah ni masam, tapi bila Tirah makan ok ja sedap. Rasa masam manis gitu.

Tirah baca kalau makan nenas ni, salah satu cara natural induce. Means boleh bantu cepatkan proses bersalin.

Sebab dalam nenas ada enzim bromelain yang dikatakan mampu lembutkan pangkal rahim (cervix) lalu mempercepatkan proses kelahiran. Tapi belum ada kajian lengkap tentang dakwaan ini - Refer tulisan Dr Zubaidi di blognya.

Wallahu 'alam.

Apapun mama papa doakan sayang keluar sihat walafiat, cukup sifat & dipermudahkan urusan mama bersalin.



No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...