Friday, March 17, 2017

MALAYSIA : KEHIDUPAN BARU

Sudah hampir 20 hari kembali ke tanah air. Perancangan yang ada dalam kepala, bekerja dahulu kemudian baru menyambung pengajian Master.

Impian saya adalah menjadi seorang ahli akademik. Berjumpa lalu mengadakan perbincangan ilmiah bersama ahli akademik yang lain. Membincangkan sesuatu isu dengan serius.

Sekarang ni, saya sedang mengajar Al-quran kepada sebuah keluarga ; Auntie (saya tidak letak nama) dan juga dua orang anak perempuannya.

Di Jordan saya hidup dalam suasana bermasyarakat iaitu persatuan. Maka di Malaysia juga saya mahukan suasana seperti itu juga, di mana saya boleh melakukan aktiviti dan sumbangan kepada masyarakat setempat. Saya tidak mahu duduk di dalam bilik berhawa dingin tanpa mengetahui apakah manfaat dan masalah yang saya boleh cuba selesaikan untuk mereka.

Apabila saya mengajar Al-quran ini, saya tahu Allah sedang melorongkan saya ke arah itu.

Auntie seorang yang peramah. Suaminya sudah meninggal. Auntie beritahu dia sangat gembira apabila ada orang datang rumah. Auntie dapat bercerita dan bersembang. Saya dapat rasakan itu dari riak wajahnya apabila beliau membuka mulutnya dan berkongsi dengan saya.

Dari situ, saya mendengar sebahagian dari kisah masyarakat. Realiti hidup yang sedang dialami. Masalah-masalah yang membelenggu jiwa. Dan saya, menadahkan telinga dan jiwa untuk mendengar. Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah Auntie, saya berharap tindakan saya mampu mengurangkan tekanan di dalam jiwanya. InshaAllah.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...