Friday, January 20, 2017

Selesai Peperiksaan Semestar Terakhir.

Hampir 4 tahun 2 semestar aku belajar di Universiti Al Al-Bayt Jordan ni, Allah permudahkan semua. 18 Januari yang lepas, aku selesai jawab kertas Fizik.




Sekarang ni, semua markah dah keluar kecuali markah Fizik. 

Bulan 12 haritu, aku tak adalah rasa sedih nak habis belajar ni. Tapi bila dah selesai jawab semua kertas, aku tahu masa untuk aku kembali ke Malaysia dah makin hampir.

Serius sedih.

Ya lah ada rezeki, Allah akan bagi aku kesempatan datang sini balik. Cuma sebagai manusia biasa, aku tetap sedih.

Yelah mungkin korang sendiri pun ada dengar cerita pasal bangsa Arab ni. Tidaklah sampai semua dari orang Arab ni menyakitkan hati kita, ada juga dalam kalangan mereka yang berbudi, hormat dengan pelajar Malaysia khususnya.

Aku akui, kehidupan jauh dari keluarga sangatlah ajar aku untuk berdikari, kena ada daya ketahanan yang tinggi, perangai orang Arab lagi, sistem dia yang tak sistematik tu (grrrrr). Ye lah siapa tak marah tarikh konvo diorang tak umumkan lagi, sedangkan mak ayah pelajar nak tempah  tiket lagi. Kalau tempah awal 3 bulan sebelum tu kan boleh dapat murah. Arab oh arab.

Antara perkara yang sebabkan kami kuat di sini, antaranya Ilmu. Kemudian para pensyarah yang mengajar dengan penuh dedikasi, penuh semangat untuk sampaikan Ilmu kat kami. Selain tu juga, biasalah kalau duduk dekat luar Malaysia ni tidak sah kalau tak  berjalan kan. Pemandangan yang cantik dan menenangkan. Alhamdulillah.

So, aku kena hargai detik detik terakhir aku kat sini dengan baik. Jumpa lagi catatan berikutnya.




No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...