Friday, August 26, 2016

Persatuan Pelajar : 4 Tahun

Aku rasa nak kongsi serba sikit tentang pengalaman aku terlibat dengan aktiviti persatuan.

Nak dijadikan cerita, aku dah mula aktif sejak di sekolah menengah lagi. Aku jadi pengawas, timbalan pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya, timbalan s/u Kadet Remaja Sekolah, Ketua Pelajar Puteri merangkap Ketua Badar Puteri.

Alhamdulillah, begitulah Allah aturkan perjalanan hidup aku. Sepanjang aku curahkan khidmat bakti, memang seronok.

Pengalaman itu mahal. 

Di Jordan, Allah aturkan situasi yang sama untuk aku. 

Prisma, persatuan pelajar di Mafraq.

Tahun satu, aku khidmat sebagai ajk kecil. Bantu orang atasan. Tahn demi tahun dari unit multimedia, unit persiapan tempat, setiausaha, timbalan pengarah, pengarah dan pengerusi kelab.

Pengalaman yang maha manis. Tugas yang agak berat.

Dua tahun aku bertanding untuk kerusi Ketua Hewi. Kali pertama rezeki adik merangkap kawan aku menang. Kali kedua, rezeki aku menang.

Sebenarnya masa bertanding untuk kali kedua, aku dah tahun empat. Kalau Malaysia tahun bakal konvo.

Sampaikan masa rapat umum, pengerusi majlis tanya aku, 'dah tahun empat, dah tua, kasi canlah kat adik adik.'

Kan kenapalah aku rajin sangat nak bertanding.

Tak lain jawapan aku, nak khidmat untuk Prisma.

Ada benda lain di lubuk hati aku. Sebelum bulatkan tekad untuk bertanding, (atas nama parti) aku minta petunjuk Allah. 

Sebelum ni kan aku aktif persatuan.

Aku monolog seorang diri, 'Ya Allah apa yang Kau akan aturkan untuk aku lepas ni.'

Aku tak harap pun untuk menang. Tapi bila menang itu yang terbaik untuk aku, Alhamdulillah. Aku kena laksanakan tanggungjawab ini dengan baik dan amanah.

Sekarang ini pun, berbaki lebih kurang 7 bulan sebelum aku turun dari jawatan ni.

Cepat masa berlalu.

Nanti aku kongsi pula kisah aku kerja dengan kawan kawan yang hebat, sikap pelbagai dan skill psikologi ketika komunikasi dengan manusia.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...