Monday, August 29, 2016

Daurah Ilmu : Ilmu vs Maklumat

Semalam, saya ikuti majlis penutup Summer Halaqah anjuran MME. Kelemahan diri saya menyusun jadual, saya tak ikuti Daurah yang berjalan hampir dua minggu ini. Ditambah pula tanggungjawab saya untk membantu menguruskan junior baru yang datang dalam jarak waktu yang hampir.

Saya mengenali Us Nazrul daripada laman sosial Facebook. Tak pernah berjumpa secara depan hinggalah semalam. Beliau antara anak Malaysia yang pernah mengajar di Masjid Al Azhar Syareef, namun tidak lagi kerana ada isu (bukan beliau namun suasana Mesir sendiri).



Ketika mengikuti majlis penutup semalam, sempat kami habiskan 3-4 hadis dalam kitab Syamaail Muhammadiah karangan At Tirmizi. Di akhir pembacaan Us ijazahkan kami dengan sanad. Namun, yang hadir perlu amanah, samada mendengar dari awal, tengah atau akhir. Saya hanya dengar yang akhir sahaja.

Atara isi penyampaian Us yang buat saya tersentuh, Us ingatkan supaya bersungguh sungguh menuntut Ilmu. Ilmu didapati dalam dada para alim ulama'. Bukan pembacaan dari buku. 

Baca buku kita hanya sekadar mengumpul maklumat bukan Ilmu.

Saya sendiri sudah lama tanam azam untuk sambung menuntut Ilmu di pesantren di Indonesia. Doakan semoga dipermudah.

Kita mengatur hidup juga melalui pengalaman yang kita lalui.

Antara azam saya juga, nak dedahkan anak anak saya dengan pengajian moden dan turath. Formal dan tak formal. Sekolah dan pondok.

Saya nak mereka kuasai Ilmu Ilmu Alat sebelum sambung pengajian di peringkat lebih tinggi lebih lebih lagi universiti. Penguasaan Ilmu alat penting untuk memahami nas nas Alquran Hadis serta kitab turath itu sendiri.

Saya pernah baca, pelajar pondok yang tidak kuasai ilmu alat yang dipelajari (munngkin ada ujian), tidak akan lepas dari pondok. Berbanding Ilmu lain seperti Tauhid.

Betulkan jika silap.

Saya doakan Allah lapangkan masa dan bantu kita semua dalam usaha menuntut Ilmu. Amin.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...