Saturday, January 17, 2015

Redha-Sabar.

Apabila kita tak dapat sesuatu perkara yang kita nak dalam kehidupan,
Islam mengajar kita supaya redha akan kehilangannya dan redha akan ketetapan Allah,
apabila kita tak mampu untuk redha,
Islam ajarkan kita supaya bersabar.
Apabila kita dapat bersabar, hati kita akan tenang.
Kita cuba belajar untuk terima.
Kita cuba selak hikmah disebalik semua yang berlaku.
Kita belajar untuk yakin bahawa Allah ada rencana Dia yang lebih baik untuk kita, 
dan kita tak tahu apa itu.
Sehingga bila ia berlaku , barulah kita sedar.

Walau dalam jiwa ada seurat rasa perit.
Itulah usaha kita untuk jadi hamba Allah yang baik.

Wahai Allah yang Maha Baik,
maafkan ku kerana belum lagi jadi hambaMu yang redha.
Hanya sabar mampu ku praktikkan sekarang.
Moga2 hari yang mendatang,
kematangan,
akan membantu aku menjadi orang yang redha akan tiap ketetapanMu.

8.19 am .
Hayy Dhubat, Mafraq Jordan.

1 comment:

Unknown said...

Betul, sabar dan redha itu indah walaupun mungkin perit permulaannya

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...