Saturday, May 3, 2014
Puisi Sang Matahari.
Duhai Sang Matahari yang bercahaya merah,
Setiap hadirmu, adakah kau yang terlalu segera atau akukah yang terleka.
Wahai Sang Matahari yang besar,
Seingatku, engkau tidak pernah lambat dan cepat.
Bisa saja aku yang cepat melatah...
menyanggah bermonolog bercerita tentangmu agar kau sedari dan berpaling padaku.
Bisa saja kerdipan mataku, tertutup lama lebih dari biasa.
Memang sejak azali, kau tidak akan menunggu sesiapa.
Hatta sang merpati putih yang selalu saja awal terjaga,
dari pembaringannya di atas sangkarnya yang mesra,
Barangkali terjaga karna cahayamu menyilaukan matanya.
Tiada siapa tahu.
Aku tidak pernah bertanya pada sang putih.
Awal sahaja kau.
Lambat biasanya ku.
Sehingga akhirpun, kau tidak akan pernah menungguku.
Selamat tinggal.
Mafraq Jordan.
9.30 malam.
2/5/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.
Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...
-
Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...
-
Segala Puji Bagi Allah. Mana satu keadaankah yang baik untuk diri kita? Tak diketahui. Apa dalam , kita miskin ata...

No comments:
Post a Comment