Saya doakan moga pembaca sekaliannya sihat dalam rahmat Allah.
Sekarang di Jordan, cuti semestar, dalam 3 minggu begitu lah. Ada yang berjalan ke Turki, UK dan selalunya bagi junior baru akan menjelajah sekitar Jordan. Saya dah pergi tahun lepas. Seeloknya sebelum berjalan ke mana2 tempat, baca dulu apa sejarah tempat ini, supaya kita pergi bukan semata2 bersuka ria tapi dapat mengambil manfaat darinya. Cuti tahun ni pun, saya tak pergi berjalan mana, sebabnya saya simpan duit untuk balik Malaysia, 3 bulan. Tak perlulah abah keluarkan duit banyak2.
Baiklah, sebenarnya saya nak kongsi dengan pembaca yang budiman semua, tentang pluralisme agama. Pluralisme agama ini sudah berlaku lama dah berdasarkan pembacaan saya, namun saya terlewat menyedarinya. Saya membaca kertas kerja yang dibentangkan adalah sekitar tahun 2010.
Dibawah ini adalah copy-paste saya, saya mahu kongsi dengan pembaca apa yang saya baca. Dan bukan Kertas Kerja yang penuh. Insya allah. Moga Allah sentiasa membimbing kita, amin.
..........................................................
Ini adalah dari salah satu kertas kerja yang dibentangkan di Wacana
Membanteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah: Pluralisme di
Indonesia: Paham dan Amalan Oleh: Dr. Syamsuddin Arif.
Pertama-tama mesti kita terangkan lagi perbedaan antara ‘pluralitas’ dan
‘pluralisme’ agama.
Pluralitas agama adalah fakta wujudnya kepelbagaian dan
perbedaan agama-agama di dunia ini. Sebagai fakta, pluralitas merupakan
ketentuan Tuhan alias Sunnatullah, dan karenanya mustahil
dihapuskan.
Adapun pluralisme agama adalah pandangan, pikiran, sikap dan
pendirian yang dipunyai seseorang terhadap realiti kepelbagaian dan fakta
perbedaan tersebut. Ini pengertian umumnya. Secara khusus, pluralisme agama
adalah pandangan, pikiran, keyakinan bahawa agama-agama yang bermacam-macam dan
berbeda-beda itu mempunyai kesamaan.
Pandangan Islam terhadap Pluralisme
Pertama, dalam aqidah
Islam telah disepakati kaum Muslimin tidak ada di muka bumi ini suatu agama
yang benar kecuali agama Islam, yang ajarannya membatalkan ajaran agama-agama
sebelumnya.
Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al‘Imran 85: “Barangsiapa
mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima
(agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَالإِسْلاَمِ دِيْنًا
فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فيِ الآخِرَةِ مِنَالخَاسِرِيْنَ
Kedua, wajib hukumnya
meyakini bahawa setiap orang bukan Islam alias non-Muslim, sama ada dia itu
Yahudi, Nasrani, dan selain mereka itu kafir dan bakal jadi penghuni neraka, sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Bayyinah 1 dan 6: “Orang-orang kafir
yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik itu tidak akan meninggalkan agamanya
sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata. …Sedang orang-orang kafir yakni
Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka
kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruknya mahluk”:
لَمْ يَكُنِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ
أَهْلِ الْكِتَابِوَالْمُشْرِكِيْنَ مُنْفَكِّيْنَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ
الْبَيِّنَةُ…
إِنَّ الَّذِيْنَكَفَرُوْا مِنْ أَهْلِ
الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِيْنَ فِيْ نَارِ جَهَنَّمَخَالِدِيْنَ فِيْهَا أُوْلَئِكَ
هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ
Apalagi
diriwayatkan pula dalam Shahih Muslim bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
“Demi Dia yang jiwaku ada di TanganNya, tidak seorangpun dari umat manusia yang
mendengar [seruan]ku, Yahudi maupun Nasrani, kemudian mati dan belum/tidak
beriman dengan ajaran yang aku bawa melainkan dia menjadi penghuni neraka”:
وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ
لاَيِسْمَعُ بِيْ أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُوْدِيٌّ وَلاَ نَصْرَانِيٌّ
ثُمَّيمُوْتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِيْ أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِالنَّارِ
Ketiga, wajib hukumnya
bagi seorang Muslim meyakini bahawa Taurat dan Injil itu telah dimansukhkan
oleh al-Quran al-Karim, dan bahawa kedua kitab tersebut telah diubah,
diselewengkan, ditambah dan dikurangi, sebagaimana jelas diterangkan di dalam
al-Quran surah al-Maidah 13: “Namun karena mereka melanggar janji, Kami kutuk
mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka memindahkan
firman Allah dari tempat-tempatnya, dan mereka juga melupakan sebagian dari apa
yang mereka telah diperingatkan dengannya”:
فَبِمَا نَقْضِهِمْ
مِيْثَاقَهُمْلَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوْبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُوْنَ
الْكَلِمَ عَنْمَوَاضِعِهِ وَنَسُوْا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوْا بِهِ
Terakhir, berdasarkan
prinsip-prinsip ‘Aqidah dan Syari‘at Islam di atas, maka propaganda pluralisme
agama, pendekatan agama-agama dan peleburan agama-agama adalah makar halus yang
tujuannya mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil, merusak sendi-sendi
ajaran Islam, dan menyeret pemeluknya kearah pemurtadan.
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah 217: “Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu [kepada kekafiran] andaikata mereka mampu” (وَلاَ يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْنِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوْا) dan surah an-Nisa’ 89: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama [dengan mereka]: وَدُّوْا لَوْ تَكْفُرُوْنَ كَمَا كَفَرُوْا فَتَكُوْنُوْنَ سَوَآءً .
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah 217: “Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu [kepada kekafiran] andaikata mereka mampu” (وَلاَ يَزَالُوْنَ يُقَاتِلُوْنَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوْكُمْ عَنْ دِيْنِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوْا) dan surah an-Nisa’ 89: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama [dengan mereka]: وَدُّوْا لَوْ تَكْفُرُوْنَ كَمَا كَفَرُوْا فَتَكُوْنُوْنَ سَوَآءً .
Akhirnya dapat kita simpulkan bahawa pluralisme agama itu suatu doktrin,
ajaran, ideologi, aqidah, keyakinan dan way of life yang mengakui semua agama
adalah sama dan setara, sama benar, otentik, valid, dan merupakan jalan
keselamatan yang baik.
Maka terang sekali bahawa pluralisme ini tidak mungkin diterima oleh
orang Muslim kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang tertera di dalam
kitab suci al-Qur’an dan Sunnah/Hadits Rasulullah saw.
Untuk bacaan penuh, boleh baca di MUAFAKAT MALAYSIA.
Sudah banyak fahaman2 yang menular, samada kita sedar mahupun tidak yang mahu melemahkan keimanan orang islam. Sama2 kita kukuhkan aqidah kita, dalam menghadapi pelbagai agenda2 orang kafir. Kita yang mengaji agama ini, kita mengaji betul2, dengan pertolongan Allah dan usaha, kita jadi pakar dalam bidang masing2, seterusnya menabur bakti untuk ummah. Insya Allah.
Ya Allah, peliharalah aqidahku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku dan umat islam seluruhnya,amin3.
Ya Allah, peliharalah aqidahku, keluargaku, guru2ku, sahabat2ku dan umat islam seluruhnya,amin3.
3 comments:
"aku melayu smestinya aku islam dan islam xsmestinya melayu"
bangsa melayu yg misteri, kekal muslim wlu bratus tahun dijajah pnjajah kristian dn segera serta merta mninggalkn agama hindu dan pagan stelah datang nur islam dn kekal muslim slamanya.. insya Allah.
Bg sy ni smua adalah hasil agenda yg cuba nk mnanam dn mbenihkan liberalisasi beragama thadap bangsa melayu.
mgkin lg 20 tahun bangsa melayu xkisah pn jika ada bangsa melayu malaysia yg nasrani, hindu atau atheis mmandangkan "melayu xsmestinya islam".
Sudah bratus tahun melayu dkenali sbagai muslim, biarlah kita dkenali begitu utk selamanya..
xperlu trperangkap dgn agenda jahat yg cuba mngelirukn pmikiran melayu itu sndiri..
hairan bila melayu sndiri mnyokong yg melayu xsmestinya islam..
hati2..
Post a Comment