Wednesday, August 14, 2013

Pengalaman dalam AKRAM.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmatNya , dari sekecil2nya hinggalah sebesar2nya. Atas kelemahan diri ini, yang tak mampu menilai semuanya.

Alhamdulillah juga, diatas kurniaan Allah, yang telah membantu dengan memberi kekuatan untuk kita sama2 menghabiskan puasa dalam Ramadhan mulia, dan seterusnya menyambut Syawal bulan kemenangan, bulan kembali pada fitrah. in sya allah. :)


Sahabat2 pembaca sekalian, saya doakan moga2 rahmat Allah sentiasa memayungi kita semua, amin.


Ramadhan kali ini, sebulan yang saya lalui, Allah telah memilih saya dan sahabat2 lain, untuk menjadi antara tulang belakang yang menjayakannya. AKRAM : Akademi Ramadhan. AKRAM ini, wujud di setiap mantiqah, diselaraskan dalam bulan Ramadhan 2013 ini.





Bermula pada hari Kak Asiah menawarkan saya sebagai Timbalan Pengarah Program, saya antara mahu dan tidak mahu. Mungkin kerana sebelumnya saya pernah menolak tawarannya yang lain atas sebab2 yang tertentu, kali ini mungkin salah satunya kerana saya tidak mahu menghampakannya dan juga atas faktor kawan yang boleh bertepuk tampar, gurau bergurau. Allah memilih saya untuk itu.


Bermula dari bertemu muka dengan sahabat2 yang bakal bersama2 saya dalam tempoh sebulan untuk bergerak seiring, saya belajar untuk mengenal sikap baru, orang baru, kelakuan baru dan itulah juga detik saya bakal menerima perkara2 yang tak dijangka pada masa akan datang, sepanjang program.





Perjalanan program selama sebulan, alhamdulillah berjalan lancar, dan tidak sah kalau tidak ada sebarang kekurangan yang perlu kami perbaiki. Tapi, dengan bantuan semua,yang bertungkus lumus berusaha menjayakannya, program berjaya diteruskan hingga akhirnya.


Sepanjang program ini juga, saya belajar untuk mendengar kata2 dan luahan dari ajk2 bawah, yang menjadi muhasabah untuk saya sendiri. Saya belajar untuk turun padang sama2 bekerja dengan mereka, duduk sekali dengan mereka, mengenal hati budi dan sikap masing2 sepanjang tempoh sebulan, belajar untuk menyusun kata,menegur perkara2 yang perlu sebagai seorang ketua (walaupun saya tak selesa begitu).


Mungkin juga kerana sebelum ini, saya lebih selesa bekerja sebagai orang yang menerima arahan berbanding memberi arahan. :) , tapi semua ini sebab Allah pilih saya, kan. Dan Allah tahu saya mampu buat dengan pertolonganNya jua. 





Dan, seperti biasa saya suka dengan orang2 yang banyak pengalaman,teruja dengan kata2 meraka dan mengagumi mereka, kerana mereka dah lalu banyak pengalaman dan berhadapan dengan banyak perkara. Dalam nih juga, saya memerhatikan kata2 dan perbuatan Abu Ubaidah a.k.a Bai selaku programmer dan juga Kak Dilah selaku Tim Unit Persegaran. Sebelum ini, mereka menyambung dulu pelajaran di KUIS selama 2 tahun kot, dan 2 tahun pulak di Jordan nih sebagai pelajar Tajsir.


Pengalaman2 di KUIS, mereka kongsi dengan kami semua, bagaimana cara pengurusan, cara menyimpan, apa yang perlu dan tak perlu dibuat, teguran supaya kami lebih baik. Sungguh ! saya hargai semua itu. Dalam post-mortem akhir, saya menyebut,mungkin Allah menghadiahkan kalian berdua kepada kami, untuk melancarkan lagi program ini dan yang paling penting agar kami dapat mengutip pengalaman2 dari kalian apa yang dapat.


Begitu juga adik2 saya, saya belajar dengar celoteh2 mereka bercerita, dan lagi2 sebab sebelum nih pun kami memang rapat, jadi senang la kerja bersama, dan bagitahu terus apa yang rasa nak bagitahu. Takyah simpan2. :)


Lagi, berlapang dada terima kekurangan masing2, dan tak cepat melatah memarahi kalau ada silap, buat cool dulu and then masa postmortem, baru tegur baik2.


Dan hinggalah malam raya kami di Jordan, maka berakhirlah juga program kami sepanjang sebulan ini : AKADEMI AKRAM.


Buat sahabat2 yang seiring dengan saya menjayakan AKRAM ini, saya doakan semoga Allah membalas kebaikan2 kalian,penat jerih kalian di bulan puasa, melapangkan urusan2 kailan dan menambahkan masa kalian dengan keberkatan dariNya. in sya Allah, amin.


Buat penghargaan kepada mereka, saya sertakan sekali nama meraka disini. ^_^


-Lutfi, Ibrahim, Abu Ubaidah Bai, Athief, Faris Fahmi, Afieq, Hanis, Amir Akram,Muhaimin, Dinie, Sahal, Hudson atif, Ali, Ibni Barakat. 


-Kak Asiah,Kak Dilah,Husna, Asmaa Mardhiah, Aisyah Razali, Fatma, Fitrah, cik Izyan,Kak Dayang, ATil, Wawa, Kak Ma, Kak Wanie, Kak Kinah, Kak Tikah, Syifak, Syaimak.


dan juga Ajk2 kecil yang turut sama menyumbang, memeriahkan melancarkan majlis. :)



Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian semua. 

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...