Saturday, July 6, 2013

ILMU di DADA, BUKAN di TULISAN.

Alhamdulillah, Allah merezekikan, saya belajar kat bumi barakah Jordan ni. Masa kat sekolah menengah dulu, dengar ja cerita dari ustaz ustazah dan senior2 yang dah pergi negara Arab nih. Masa tu hanya pasang impian dan angan2 ja, namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Bila Allah kata 'kun fa yakun', maka 'Jadilah'.

Hebatnya Allah. Dialah yang menciptakan makhluk. Semuanya didalam kekuasaanNya semata. 

ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT. 


Kepada sesiapa yang berpeluang mengaji di tanah Arab, carilah kelas2 talaqqi bersama sheikh2/ah2. Sangat rugi saya kata, kalau datang sini tapi tak cari talaqqi2. Alhamdulillah, Allah melapangkan saya untuk menghadirinya.

Kalau nak dikira, tak cukup setakat muhadharah yang dalam kelas bersama Dr, melainkan kalau kita musyarakah pulak dengan Dr selepas itu. Ada dalam kalangan pelajar, cukup dengan hanya bacaan dalam kelas, menghafalnya dan jawab peperiksaan. Tapi, di dalam keadaan realiti, kita tak mampu menyelesaikan masalah itu. Semoga Allah bantu kita dalam menuntut ilmuNya.

Nak dapat tidak, kita kena mohon sungguh2 pada Allah, supaya Allah lapangkan masa kita untuk hadirinya.

Sebabnya, kita selalu disibukkan dengan perkara2 yang tak penting dalam hidup nih. Saya pun..huhu.

Saya sangat termotivasi dengan pembelajaran ulama2 dulu, contohnya Imam Syafi'e yang pergi ke satu tempat ke tempat yang lain untuk menuntut ilmu. Mengisi hari2 beliau dengan ilmu. 

Asbabnya, ilmu itulah yang para ulama' wariskan kepada kita pada hari ini. Kalaulah mereka pun tak bersungguh2, manakan sampai ilmu2 mereka pada kita hari ini.

Musim cuti panas nih/soifi, saya dapat hadiri Dawrah Fardhu Ain anjuran Darul Ehsan di Irbid. Saya sangat2lah bersyukur kerana wujudnya mereka ini, menjadi wasilah pada kami bertalaqqi dengan sheikh2. Alhamdulillah, setakat nih saya dapat bertalaqqi dengan 2 orang sheikh yang juga anak murid kepada Habib Umar dan seorang sheikh dari Jordan sendiri, saya tak pasti belajar mana. 




Tapi apapun, jangan setakat pergi saja, Sheikh pesan ulangkaji balik. Kalau kamu p kelas......balik kelas, datang kelas ....balik kelas , tak jadi jugak. Kena la ulangkaji, hafal.

ILMU DI DADA , BUKAN DI TULISAN.

wahai athirah.... berkorbanlah untuk masa depanmu. belajarlah untuk redha Allah, untuk sampaikan pada umat. In shaa Allah.

Semoga ALlah mudahkan urusan sahabat2 yang berhajat untuk mengaji , di mana saja. Semata2 untuk redha Allah, amin.




No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...