Thursday, June 27, 2013

Majlis Ilmu, apa kita nak sebenarnya?

majlis ilmu nih, kadang tu tak selalu kita dapat pergi. sebab sibuk dengan urusan lain. 

bila Allah dah beri kelapangan untuk kita pergi, kitalah orang yang beruntung itu, alhamdulillah.

cumanya yang tak sedap, di majlis ilmu tu, kita buat benda yang tak sepatutnya. Bila penceramah cakap, kita pun nak cakap sama. Apa sebenarnya tujuan kita datang nih, kalau bukan untuk mendengar?!

24 jam sembang, biarlah sejam ini kita tutup mulut kita sebentar, dengar mutiara2 ilmu, supaya ia mampu menjadi nur menerangi hati yang kelam ini dan melembutkan hati.

Takut2 senang saja ilmu tu nanti luput dari ingatan, dan tidak pula dipraktikkan, semoga Allah sentiasa bantu kita.

Wahai Allah, ajarlah kami adab, kerana kami hamba yang jahil.


...........................................................................................................

Dalam majlis ilmu jugak, belajar untuk silent lagi elok matikan handphone tu. supaya tak ganggu tumpuan pengajian kita tambah2 lagi nak jaga keberkatan dalam majlis ilmu tu sendiri. 

#amik sejam ja masa nak matikan phone tu#

oh athirah... 


..........................................................................................................

Majlis ilmu mengajar aku untuk berdisiplin,dan cuba beramal dengan ilmu yang guru2 aku bagi.
Semoga status 'masih belajar' yang engkau pegang duhai diri,tak pula buat engkau 'lengah' dan 'tak ambil berat' tentang adab.

InsyaAllah. 

#rentetan dari Kelas hadith Dr Zu'bi semalam#

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...