Saturday, April 20, 2013

Sokongan saya kepada parti Islam.

Lama tak menulis, bukan sebab apa. sebab tak dak idea nak menulis, ataupun sebab busy atau buat2 busy. Harapnya pembaca semua baik2 sokmo, tambah2 dengan  Penamaan Calon yang sedang berlangsung di Malaysia sekarang nih . Mesti bersemangat dan terbakar semua kan ! dek kerana hangatnya suasana ! eh, over ja.

Antara pejuang2 yang didambakan Imam Hassan Al-Banna adalah pemuda yang bersemangat. Anak muda , sentiasa bersemangat. Itulah salah satu faktor kenapa pemuda dipilih, bukan kita nak kata tak boleh ambik orang tua, bahkan kita mempelajari dari merekalah ilmu2 dan pengalaman2 untuk berjuang. Cuma,untuk melaksanakan sesuatu perkara, anak muda yang selalunya lantang . maaf kalau saya  salah.




Tahun ini, saya menyaksikan kebangkitan pemuda2 dan masyarakat untuk berjuang menegakkan Islam. Saya sendiri sebagai seorang mahasiswa, kami sudah memilih dan menilai parti manakah yang layak  menjadi wasilah untuk menegakkan Islam di Malaysia khususnya.

Keinginan untuk mewujudkan sebuah negara Islam.
Supaya anak2 muda selamat dari hiburan2 melampau.

Suka untuk saya selitkan kata2 oleh sahabat saya, saudara Kailani Zahari di fb nya ;

Saya impikan TV dipenuhi rancangan agama, 
filem-filem yang islamik dan tiada rancangan-rancangan 
yang melalaikan. 
Ketika itu anak-anak dan keluarga saya 
boleh menjadikan TV sebagai tempat mencari ilmu. 
Saya tidak akan risau untuk membiarkan anak-anak menontonnya.

Saya impikan pemimpin dari kalangan ulama'-ulama' yang soleh. 
Kerana di sana mereka akan berlaku adil dalam pemerintahan. 
Dan mereka tidak akan menyeleweng harta-harta negara. 
Mereka juga akan mewakili suara islam 
untuk mempertahankan negara-negara islam yang ditindas. 
Selain peribadi tinggi yang mampu dicontohi 
dan menjadi kebanggaan  seluruh rakyat.

Saya impikan sebuah negara yang menggunakan 

dasar pemerintahan Islam, kerana pemerintahan islam itu
 pemerintahan yang adil untuk semua agama dan bangsa. 
Dasar islam akan menjamin keharmonian masyarakat majmuk. 
Juga menjauhkan sentimen.

Saya impikan kualiti pendidikan negara meningkat. 
Lepasan universiti yang semakin mengenali mana baik dan buruknya. 
Dan semakin mengenali dosa dan pahala. 
Pendidikan yang mampu membina akhlak dan peribadi. 
Maka wujudlah masyarakat yang harmoni.

Saya impikan undang-undang islam menjadi terasnya. 

Kerana undang-undang islam itu adalah 
kewajipan daripada Allah untuk dilaksanakan. 
Dengannya menjadi benteng keamanan negara. 
Lihat saja perbezaan jenayah di negara yang melaksanakan 
undang-undang islam dan undang-undang barat.

Saya impikan masjid-masjid yang hidup, 

majlis-majlis ilmu yang memenuhi setiap ceruk kampung, 
tempat-tempat maksiat dihapuskan, anak-anak muda yang berjiwa besar, 
dan masyarakat yang berilmu.

Saya impikan semua non-muslim dapat mengenali 
dan melihat islam yang sebenar 
melalui sudut pemerintahan, akhlak, keadilan, keharmonian, 
yang akhirnya mereka tertarik untuk melafazkan dua kalimah Syahadah. 
Mereka mesti mengenali islam dan beriman 
sebelum kembali kepada Allah.

Saya impikan hasil bumi negara diuruskan dengan cemerlang, 
dengannya kita akan menguasai ekonomi. 
Lalu kehidupan rakyat menjadi lebih baik. 
Tiada lagi kemiskinan dan penindasan. 
Rakyat akan bertambah cinta kepada tanah airnya sendiri.

Saya impikan semua ini menjadi kenyataan, 
namun saya tidak pasti adakah saya mampu kecapinya 
selepas PRU kali ini ataupun tidak. 
Jika tidak, saya perlu tingkatkan lagi usaha untuknya. 
Dan saya pasti, Allah akan bersama dengan mereka-mereka yang adil 
dan yang cintakan keadilan. 


Maka, dengan ini saya meletakkan sokongan saya kepada 

parti PAS, asbab saya melihat kemampuan mereka untuk 

melaksanakan Islam di negara tercinta kita Malaysia.


ANDA PILIH APA?!


No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...