Friday, April 12, 2013

Meniru atau Jujur ?

Dr Ali suka cerita kat kami, pelajar kelasnya tentang 

pengalaman2 beliau di Sepanyol dan kembaranya ke pelbagai 

negara lain. Pengalaman beliau mengajar lebih kurang 20 

tahun, buatkan beliau kenal pelajar mana yg cakap betul 

mana yg bohong, siapa yg suka, siapa yg tak suka.



Dr cerita lagi, di Sepanyol, bila pelajar2 dapat kertas, guru2 

boleh tinggalkan mereka. Pergi minum2.


Dr pesan ;


'Kalau kamu meniru, kamu tipu cikgu kamu satu,  tapi yang 

utama kamu tipu diri kamu. Kalau kamu meniru, bila kamu 

balik Malaysia nanti, org tanya apa beza (كاتب)'Katib' dan 

(يكتب) 'Yaktub' . Kamu tak dapat jawab.


Kesian ummah yang menanti .


Perkongsian dari saudara Atiqullah Mursyid di status FBnya :


Kata Doktor Hamad Hamid di dalam kuliah pagi tadi :

" Seorang alim atau penuntut ilmu itu tiada baginya 


kehidupan semata-mata untuk dirinya.  Kehidupannya 

adalah untuk orang lain. Seorang penuntut ilmu dan alim itu 

hidupnya adalah untuk ummah. Oleh sebab itu,ulama 

terdahulu menghabiskan masa mengkaji dan mengajar ilmu 

untuk masyarakat kerana mereka sedar tiada waktu 

kecuali untuk manfaat ummah"


Ya Allah , bantulah kami dalam menuntut ilmuMu.

No comments:

DEBARAN MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNGKU.

Hari ni kandungan Tirah 39minggu 5hari. Tak henti henti doa supaya bersalin dalam minggu 39-40. Sebabnya taknak induce. Nak elakkan. Nak n...