Tahniah Munzir a.ka. Abang Jay dengan Konvosyen baru-baru ni. Semoga terus cemerlang dalam semua yang dilakukan dunia dan akhirat. Antara pesanan Abang Jay yang saya ingat, "bila ada peningkatan walaupun sikit, it's ok. Semoga graf kita sentiasa 'increase' . " Tahniah sebab banggakan umi abah dan keluarga. :)

Abang Takim a.ka. Mustaqim. Suka bermain dengan rekaan vide0nya yang semp0i. Dia dah dapat kerja di Johor. Maka tinggallah umi abah berdua sahaja di rumah.Jika sebelum ini kami tinggal berempat, bila saya menyambung pelajaran di Jordan dan Abang Takim bekerja, kembalilah umiabah seperti di zaman bujang . Semoga Abang Takim akan terus cemerlang dalam semua pekara dunia dan akhirat. Takim habaq "study dulu sebelum masuk kelas, supaya kita boleh tanya Doktor kalau ada yang tak faham".
* Mustaqim pun akan konvo jugak,cuma saya tak tahu tarikh sebenar.
Dan pada kakak saya Maryam, yang sedang berjuang dalam belajar Medik di India.Moga terus diberi kekuatan yuk! Katanya sukar sedikit. Memang la kan, saya memang nganga dah. Semoga bermanfaat pada ummah. dan keluarga boleh dapat rawatan percuma. Itu yang penting,hehe.
Allah berkati usaha kalian.Allah rahmati umi abah yang sedayanya mendidik anak2 yakni kita menjadi soleh dan solehah. Buat kakak sulungku Kak Hajar dan adik busukku Samihah, teruskan langkah biar dalam langkah kaki ada tersadung. Sesungguhnya jalan ke syurga begitulah. InsyaAllah.
Ya Allah,kurnialah yang terbaik pada kami , dunia dan akhirat. Amin
3 comments:
inshaAllah sirah, takim akan sentiasa doakan!
Ameen.. Ini semua adalah kredit wat abah & umi yang telah mendidik Kami semua hingga kami ditahap ini. Semoga Allah membalas hanya yang Terbaik untuk kalian. Love all!
Betul3, semoga syurga buat umi abah. amin3, :)insyaAllah,nanti kita jumpa.
Post a Comment