Ini perihal saya tadinya. Saya berpuasa sempena 15 Syaaban juga Hari Nisfu Sya'aban. Dalam masa yang sama saya pergi buat Lesen L. Makanya, ceramah teori 3 jam , praktikal 3 jam.
Masa pukul 10 lebih , dalam hati bagai nak makan sebiji coklat ' Choclairs' dalam beg saya tu. Tahan tetap bertahan.
Dan...
Sayalah juara,
tahan dan percaya,
hanya Dia ,
akan menguatkan.
Sebenarnya itulah, bukanlah kata lapar sangat. Cuma bila saya sendiri sudah lama tidak berpuasa, tiktok tiktok hari ini mahu berpuasa, haru jugalah.
Hendak ikat kembali nafsu makan yang telah 10 bulan bermaharajalela ini.
Alhamdulillah, berjaya menamatkan larian berpuasa dengan karunia dari Allah.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah :)
(Apapun , syaitan akan meninggalkan wasiat pada sahabat karibnya nafsu untuk sedayanya mengurangkan pahala ibadah kita. Jaga-jaga dengan nafsu !! )
Hendak masuk Ramadan Kareem ini, memang perlu bersedia.
Bayangkan selepas berlalunya Ramadhan tahun sudah, lebih kurang 10 bulan yang lalu , kita tidak pernah amalkan berpuasa sesudahnya. Tiba-tiba, kita akan puasa pulak untuk 1 bulan Ramadhan ini. Boleh jadi kecur perut kita. Sistem mencerna pun jadi terbelangkai sekejap.
Ustaz saya semasa saya di Al Maad dahulu yang beri pesanan ini. Cuba berpuasa sebelum Ramadhan supaya perut kita tidak terima kejutan. InsyaAllah.
Saya suka untuk berkongsi dengan pembaca budiman semua :
Sahur : 3 biji kurma dan air masak
Berbuka : Kurma dan air dahulu. Kita solat Magrib dulu dan kemudian sambung makan.
(lagi lama masa untuk makan, ya tak !)
InsyaAllah.
Ya Allah , dengan berkat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam , kurnialah kepada kami kekuatan , taufiq dan hidayahMu supaya kami dapat beramal dalam bulan Ramadan yang mulia. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan akhirat. Amin.
1 comment:
terima kasih atas maklumat....puasa pun dah dekat ni......
Post a Comment